Friday, April 24, 2009

Petua Kempiskan Perut Dalam Masa Sebulan

Perut yang buncit boleh dikempiskan dalam masa sebulan. Petuanya, minum air asam jawa (sederhana pekat) secawan sebelum sarapan benda lain. Selepas itu, bersihkan perut dgn air suam untuk buka liang-liang roma dan sapukan campuran limau nipis dan kapur sirih. Kemudian, balut perut dengan bengkung avon yang simple tu. Buat tiap-tiap hari (sama ada siang atau mlm), paling cantik kalau baru bersalin (belum sampai 6 bulan) sebab perut tengah lembut.
- mamarocks, dalam forum susuibu.com

Melangsingkan Badan Cara Mudah dan Murah

Dilanda sindrom3G? Cuba petua ini untuk melangsingkan badan. Ia cara yang mudah dan murah. Apa yang anda perlukan ialah:
1-Dua biji lobak merah dipotong
2-Sebiji mentimun segar,
3-Sebiji limau nipis,
Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum. Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan akan beransur langsing dan menarik.

seri2008, Kempiskan perut dlm masa sebulan, forum susuibu.com

Re:
Tambahan, utk hilangkan kulit dibahagian perut berkedut dengan sesudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa dua minggu, blh tgk kesannya.

Lakukan Rawatan Muka di Rumah dengan Susu

Tak perlu berbelanja mahal di spa untuk rawatan muka yang asas. Anda boleh lakukannya di rumah dengan bahan yang mudah di dapati di rumah. Hanya susu dan sedikit air. Campurkan 1/4 cawan susu tepung dengan air secukupnya untuk membuat adunan topeng muka yang pekat. Sapukan di keseluruhan muka (kecuali mata dan bibir). Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Kulit anda akan rasa segar dan bertenaga.